Tuesday, July 31, 2007

Matlamat

Kurikulum Geografi membolehkan murid memahami fenomena geografi berfokus kepada negara Malaysia dan hubungannya dengan negara-negara lain supaya dapat melahirkan murid yang berilmu, bertanggungjawab, bersyukur dan mengenali serta mencintai negara Malaysia

SASARAN: Semua pelajar Tingkatan Tiga
Peratus lulus 2007 : 57.5% + 6% = 63.5%
Peratus unjuran Geografi Tingkatan Tiga tahun 2007 ialah 63.5%

Peratus dapat pangkat A tahun 2007 : 20 / 624 x 100 = 3.2%
3.2% + 8% = 11.2%


Objektif khusus:
1. Supaya pelajar dapat mengenalpasti teknik-teknik melukis peta yang betul dan membina graf serta carta yang bersesuaian melalui data yang diberikan
2. Supaya pelajar dapat membuat pengukuran yang lebih tepat dari segi bearing dan jarak serta mengira keluasan melalui latihan amali peta
3. Supaya pelajar dapat membuat penafsiran peta melalui hubungkait ciri-ciri fizikal dan budaya dalam latihan amali peta
4. Supaya pelajar dapat menjawab soalan-soalan objektif menggunakan modul selepas setiap tajuk yang diajar


TEMPOH PELAKSANAAN
Bulan Januari hingga Ogos

KOS PELAKSANAAN
Bahan-bahan peta kosong untuk direso dan bahan-bahan latih tubi

AJK PELAKSANA
Penasihat : Pn. Hasnah Ishak (Guru Ketua Bidang Kemanusiaan)
Penyelaras : Pn. Tan Poh Gek AJK
Pn. Khuzaimah Zakaria
Pn. Nabilah Ismail
En. Abd. Malek B Abd Hanif

Perancangan dan Proses Pelaksanaan
a. Guru mata pelajaran akan menyiapkan latihan melukis peta dan melengkapkan peta kosong
b. Bahan-bahan tersebut akan direzo mengikut jumlah pelajar dan diedarkan mengikut jadual yang ditetapkan
c. Semua pelajar wajib menyiapkan latihan tersebut mengikut masa yang ditetapkan
d. Pelajar yang lemah akan mendapat bimbingan dan tunjuk ajar guru dalam melengkapkan peta

Strategi Peningkatan Prestasi Geografi Tingkatan Tiga Tahun 2007

1. Pelajar kurang minat membaca

-Bimbing pelajar membuat nota ringkas berbentuk poin sahaja dan motivasi cara belajar yang berkesan

* Membiasakan pelajar dengan latihan amali dan pentafsiran peta serta latihan isikan tempat kosong dalam peta

* Program Nilam

* Program latih tubi

* Pelajar guna kata kunci semasa buat nota dengan pon yang ringkas

* Latihan pengukuhan setiap topic dalam P & P

* Kerjasama dengan guru Bahasa Melayu untuk mewujudkan minat membaca

* Mewujudkan minat pelajar dalam isu-isu semasa melalui bahan rujukan dalam perpustakaan

2. Kurang aplikasi kemahiran berfikir

* Menggunakan kaedah Theory of Constraints

* Melatih pelajar gunakan peta minda bagi tajuk yang diajar supaya poin senag diingati

* Peta minda yang dihasilkan ditampal dalam kelas

3. Tidak mahir menjawab soalan objektif

* Memastikan pelajar dapat memilih dan menanda jawapan yang tepat

* Latih tubi pelajar menjawab soalan objektif

* Melatih pelajar mengesan pendaya dalam soalan objektif

No comments: