Tuesday, July 31, 2007

Program Peningkatan Prestasi Geografi

Pengenalan:
1. Bilangan pelajar tingkatan satu 2007 ialah 16 kelas dengan jumlah pelajar seramai 610 orang.

3. Faktor kelemahan murid:
a) Murid tiada kesedaran dan kesungguhan terhadap pelajaran
b) Murid kurang memberi tumpuan kepada pelajaran dan pengajaran guru
c) Murid memahami istilah dan konsep penting Geografi
d) Pengetahuan sedia ada murid kurang mantap
e) Murid kurang minat untuk membaca

MATLAMAT
Pendidikan Geografi bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air dan alam sekitar dan merasa betapa bangganya menjadi warganegara Malaysia yang subur dan makmur. Pelajar dapat mengetahui setiap ruang dalam Geografi ada manfaat tersendiri. Ini boleh menyediakan pelajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar.

Di bawah program peningkatan prestasi, pihak panitia Geografi telah memilih satu tajuk untuk membuat satu program:

Tajuk: Latih tubi, peta, konsep dan istilah Geografi

SASARAN: Semua pelajar Tingkatan Satu
Peratus lulus 2007
65.7% + 6% = 71.7%

Peratus unjuran Geografi Tingkatan Satu tahun 2007 ialah 71.7%

Peratus dapat pangkat A tahun 2007
51 610 x 100 = 8.4%
8.4% + 8% = 16.4%

OBJEKTIF KHUSUS
1. Memperkenalkan kepada pelajar peta kawasan dan peta bertema diperkembangkan dengan proses menanda peta pada peta kosong
2. Menjelaskan konsep dan istilah geografi yang tepat kepada pelajar
3. Memperkembangkan daya ingatan pelajar menerusi latih tubi sekerap yang boleh

TEMPOH PELAKSANAAN
Bulan Januari hingga Ogos

KOS PELAKSANAAN
Bahan-bahan peta kosong untuk direso dan bahan-bahan latih tubi

AJK PELAKSANA
Penasihat : Pn. Hasnah Ishak (Guru Ketua Bidang Kemanusiaan)
Penyelaras : Pn. Zarinah Ibrahim
AJK : Pn. Azizah Md. Shah
Pn. Wan Pik Ton
Pn. Sakimi Ishak
Pn. Khairinah Md. Di
En. Roslan Mohammad
Pn. Kartini Wati
Pn. Kalaichelvi
Pn. Khairil Bariah

Perancangan dan Proses Pelaksanaan
1. Guru akan membimbing pelajar menanda lokasi (pada tajuk-tajuk berkenaan)
2. Latih tubi akan diberi kepada pelajar apabila setiap tajuk tamat
3. Memperkenalkan kepada pelajar istilah Geografi pada setiap tajuk
4. Pelajar lemah akan diberi nota dan latihan yang bersesuaian

No comments: