Tuesday, July 31, 2007

Program Peningkatan Prestasi Tingkatan 4

1. Bilangan kelas Tingkatan 4 sebanyak satu (1) kelas. Bilangan pelajar seramai 45 orang.

2. Faktor kelemahan pelajar:
a. Pelajar tiada kesedaran dan kesungguhan terhadap pelajaran
b. Pelajar kurang memberi tumpuan kepada pelajaran dan pengajaran guru
c. Pelajar kurang membaca dan membuat rujukan tambahan
d. Pelajar kurang mantap dalam pengetahuan tentang aspek asas konsep dan istilah geografi, organisasi ruang dan kemahiran geografi.
e. Pelajar kurang cekap dalam pentafsiran peta
f. Pelajar kurang mahir menjawab soalan yang bertepatan dengan skema markah

MATLAMAT
Kurikulum Geografi membolehkan murid memahami fenomena geografi berfokus kepada negara Malaysia dan hubungannya dengan negara-negara lain supaya dapat melahirkan murid yang berilmu, bertanggungjawab, bersyukur dan mengenali serta mencintai negara Malaysia.

OBJEKTIF
Kurikulum Geografi Sekolah Menengah membolehkan murid:

1. menghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, skala dan jarak dalam organisasi ruangan.

2. mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data geografi berbentuk kuantitatif dan kualitatif.

3. memberi pendapat secara kreatif dan kritis, mengenal pasti dan mengkaji masalah semasa daripada aspek geografi serta membuat keputusan dengan bertanggung jawab.

4. menjelaskan fenomena alam dan saling kaitannya dengan manusia berasaskan taburan dan pola-pola yang wujud di negara Malaysia dan negara-negara lain.

5. mengenal pasti cara hidup dan budaya pelbagai komuniti di negara lain serta menghargai ciri-ciri persamaan dan kelainannya.

6. memerihalkan keadaan saling memerlukan dalam sistem alam, kegiatan ekonomi, sosial dan politik antara satu negara dengan negara lain.

7. menerangkan kesan kegiatan manusia ke atas alam sekitar serta pentingnya menguruskan alam dan sumber dengan bertanggung jawab dan bijaksana.

8. mengenali, menghargai dan berbangga terhadap ciri-ciri geografi negara Malaysia yang istimewa dan unik.

9. menggabungjalin pelbagai fakta geografi dan dapat membuat kesimpulan yang rasional.

10. mensyukuri dan mencintai alam, bersederhana dan bertanggung jawab ke atas sebarang tindakan dan peka terhadap perasaan serta keperluan orang lain.

SASARAN: Semua pelajar Tingkatan Empat

OBJEKTIF KHUSUS:

a. Supaya pelajar dapat mengenalpasti teknik-teknik melukis peta yang betul dan membina graf serta carta yang bersesuaian melalui data yang diberikan

b. Supaya pelajar dapat membuat pengukuran yang lebih tepat dari segi bearing dan jarak serta mengira keluasan melalui latihan amali peta

c. Supaya pelajar dapat membuat penafsiran peta melalui hubungkait ciri-ciri fizikal dan budaya dalam latihan amali peta

TEMPOH PELAKSANAAN
Bulan Januari hingga Ogos

KOS PELAKSANAAN
Bahan-bahan peta kosong untuk direso dan bahan-bahan latih tubi

AJK PELAKSANA
Penasihat : Pn. Hasnah Ishak (Guru Ketua Bidang Kemanusiaan)
Penyelaras : Pn. Tan Poh Gek Perancangan dan Proses Pelaksanaan

a. Guru akan membimbing pelajar membuat pembinaan graf dan carta serta peta bertema melalui data yang diberikan

b. Teknik-teknik melukis akan dimantapkan melalui latih tubi bagi tajuk-tajuk yang telah diajar

c. Pelajar akan dibimbing membuat pengukuran yang tepat melalui latihan amali peta

d. Pelajar akan diberi latih tubi berkaitan penafsiran peta melalui hubungkait ciri-ciri fizikal dan budaya dengan menggunakan soalan-soalan SPM sebenar

PENILAIAN PROGRAM:
Melalui peperiksaan Ujian Akademik, Semester, Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun mengikut format peperiksaan sebenar SPM

Strategi Peningkatan Prestasi Geografi Tingkatan Empat Tahun 2007
1. Pelajar kurang membaca dan membuat rujukan tambahan -Buat nota ringkas ikut poin

-Membiasakan pelajar dengan format Kertas 2 iaitu tafsiran peta, soalan struktur dan soalan esei melalui modul-modul
-Program Nilam
* Latih tubi pelajar gunakan acuan tertentu berserta kata kunci semasa membuat nota dengan poin yang ringkas & padat
* Latih tubi pelajar dengan modul-modul soalan struktur selepas setiap tajuk diajar
* Selepas setiap tajuk, soalan esei SPM terkumpul bagi tajuk berkenaan diberi untuk latihan pengukuhan
* Menggalakkan pelajar mencari maklumat tentang alam sekitar melalui pembacaan bagi tajuk-tajuk yang berkaitan
2.. Kurang aplikasi kemahiran berfikir
-Menggunakan kaedah Theory of Constraints
* Melatih pelajar gunakan peta minda bagi tajuk yang diajar supaya poin senag diingati
* Peta minda yang dihasilkan ditampal dalam kelas
3. Pelajar kurang mantap dalam pengetahuan tentang:
a. aspek asas konsep & istilah geografi
b. organisasi ruangc. kemahiran geografi
-Penekanan konsep & istilah semasa P & P
-Latihan amali peta
-Keratan akhbar berkaitan isu semasa
* Guru memberi penekanan konsep & istilah dalam pengajaran
* Guru memastikan pelajar dapat membuat pengukuran secara tepat
* Guru kaitkan isu-isu semasa dengan topik yang diajar
* Guru memastikan pelajar membuat latihan latihtubi selepas setiap tajuk

4. Pelajar kurang mahir menjawab soalan peperiksaan
-Bengkel teknik menjawab
-Menjawab dalam bentuk poin sahaja
- Pelajar diberi pendedahan tentang cara pemarkahan dan bagaimana untuk mendapatkan markah
* Guru membimbing pelajar menjawab soalan dalam bentuk poin mengikut skema pemarkahan SPM

No comments: